UPM Terima Stadium Baharu Piawai Antarabangsa | Universiti Putra Malaysia 99 exweb00
» NEWS » UPM terima Stadium baharu piawai antarabangsa

UPM terima Stadium baharu piawai antarabangsa

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

 

 

 

 

 

SERDANG, 19 Jun - Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima stadium baharu yang telah dinaiktaraf untuk kemudahan serta keselamatan pelajar mengikut piawai antarabangsa semalam.



Projek naiktaraf itu dibuat dibawah Rancangan Malaysia ke12 bagi membaiki infrastruktur stadium itu yang berusia hampir 20 tahun bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna.

 

 

 

 

 



Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, skop utama projek ini adalah menaik taraf permukaan trek stadium, fasiliti sukan dan peralatan sukan bagi memastikan kemudahan sukan mencapai piawaian spesifikasi antarabangsa serta mendapat sijil pengiktirafan.



“Naiktaraf ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada infrastruktur sedia ada, malah ia turut menjamin keselamatan serta keselesaan pengguna, khususnya pelajar yang aktif dalam kegiatan kesukanan dan kokurikulum,” katanya dalam Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Stadium UPM dibawah RMK12.



Pengarah Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Aset (PPPA), Dr. Maznah Sahran berkata, projek ini menggunakan bahan berkualiti tinggi yang diperoleh dari pembekal dari luar negara memastikan kualiti mengikut piawai antarabangsa.



“Kebanyakan peralatan dan bahan digunakan dalam projek ini diperoleh daripada pembekal luar negara.



“Proses pemasangan pula memerlukan cuaca yang panas dan kering untuk memastikan kualiti dan ketahanan permukaan telah disiapkan dalam tempoh setahun,” ujarnya.



Pengarah Akademi Sukan, Prof. Dr. Hamiruce berkata stadium baharu ini meningkatkan lagi motivasi atlet pelajar UPM untuk menjalani latihan sebaik mingkin serta meningkatkan prestasi mereka.



Dalam pada itu, stadium ini telah dinaik taraf mengikut piawaian antarabangsa dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi mendapatkan pengiktirafan itu.

Date of Input: 20/06/2025 | Updated: 20/06/2025 | aghniya

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYGUUAx~