Pengarah PSP UPM Terima Anugerah AUTM Volunteer Service Award 2025 | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » Pengarah PSP UPM terima Anugerah AUTM Volunteer Service Award 2025

Pengarah PSP UPM terima Anugerah AUTM Volunteer Service Award 2025

 

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

SERDANG, 7 Mac - Pengarah Putra Science Park  (PSP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Samsilah Roslan dipilih sebagai penerima anugerah AUTM Volunteer Service Award 2025, baru-baru ini.

 

Anugerah ini diberikan kepada beliau bagi mengiktiraf sumbangannya dalam bidang pemindahan teknologi dan inovasi sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa sempena Mesyuarat Tahunan dan Ulang Tahun ke-50  AUTM  di Maryland, Amerika Syarikat.

 

Terdahulu, beliau telah memainkan peranan penting dalam AUTM ASEAN dan Jawatankuasa Strategi Antarabangsa AUTM dalam membantu merangka amalan terbaik dalam pemindahan teknologi.

 

Pencapaian beliau melangkaui sempadan negara dengan kejayaan mengendalikan pelbagai latihan untuk pengamal pemindahan teknologi di negara-negara OIC serta mengetuai inisiatif yang dibiayai oleh Bank Dunia bagi menubuhkan Hab di sepuluh universiti di Bangladesh.

 

Kecemerlangan Prof. Dr. Samsilah bukan sahaja meningkatkan reputasi UPM, malah mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam landskap inovasi global, sekaligus memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus maju.

Date of Input: 08/03/2025 | Updated: 08/03/2025 | eszereen

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYDJVAb~