Pertanian merupakan sektor penting dalam pembangunan sosio-ekonomi negara. Bidang pertanian termasuk tanaman industri merupakan antara 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk memacu aktiviti ekonomi yang berpotensi menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 telah mengenalpasti strategi pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti yang dapat memberi jaminan bekalan makanan yang mencukupi dan juga selamat untuk dimakan selain daripada dapat meningkatkan pendapatan petani.
Perubahan struktur dan terdedahnya ekonomi Malaysia kepada globalisasi, menjadikan sektor pertanian sedang dan akan terus mengalami perubahan dan persaingan dari sektor-sektor lain. Perubahan dan persaingan ini semakin ketara dewasa ini dan tidak mudah untuk diunjurkan persekitaran pertanian yang akan berlaku di masa hadapan.
Bagaimanapun beberapa tren mega global dan domestik yang akan mempengaruhi persekitaran sektor pertanian dapat dikenalpasti seperti berikut:
Masa hadapan dan bentuk persekitaran sektor pertanian negara dapat diunjurkan dengan memahami pembolehubah pepandu tersebut dan menangani isu-isu yang timbul. Oleh itu, kurikulum pendidikan pertanian secara proaktif perlu digubal dan disesuaikan dengan tren mega tersebut supaya pendidikan pertanian adalah relevan dan mengikut kehendak pasaran. Ini bagi memastikan tenaga kerja yang terlatih dalam bidang pertanian memenuhi kehendak sektor pertanian negara supaya usaha untuk meningkatkan produktiviti pertanian negara dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Di samping itu, bagi memastikan graduan pertanian mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang pertanian, pengambilan pelajar perlu dilakukan dengan kaedah temuduga dan tidak semata-mata berasaskan pencapaian akademik.
Satu kekurangan dalam sektor pertanian ialah usahwantani yang berkelayakan tinggi. Sangat kecil bilangan graduan pertanian yang menceburi diri dalam kerjaya usahawantani. Oleh itu usaha perlu dipertingkatkan untuk menerapkan ciri-ciri usahawantani kepada sebahagian daripada pelajar yang berminat dan cenderung terhadap kerjaya ini. Latihan tambahan harus diberikan setelah bergraduat seperti program inkubasi usahawantani yang ditawarkan di Universiti Putra Malaysia.
Semasa inkubasi, para peserta dilatih dalam amalan perniagaan pertanian dengan penekanan terhadap penerapan kaedah pelan perniagaan, pengurusan dan pemasaran. Sebagai sebahagian daripada latihan peserta dikehendaki merancang, membiayai dan berjaya mengendalikan "syarikat permulaan". Sepanjang program inkubasi, para peserta menerima bimbingan dan tunjukajar daripada pelbagai pakar di universiti, sektor swasta melalui program "mentor-mantee" dan sokongan dari agensi kerajaan yang berkaitan
Secara kesimpulanya, pendidikan pertanian semestinya mengeluarkan tenaga kerja yang dapat:
Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin Pensyarah Fakulti Pertanian |
Tarikh Input: 07/03/2018 | Kemaskini: 07/03/2018 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA