Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) merupakan pelaksana latihan ICT yang dilantik oleh Pejabat Pendaftar UPM.
iDEC berperanan mengendali latihan ICT dan menyediakan kemudahan asas iaitu makmal latihan berkomputer bagi memenuhi kehendak pengajaran dan pembelajaran staf UPM.
Terdapat dua (2) bilik latihan komputer iaitu Bilik Latihan Exa dan Bilik Latihan Zetta yang terletak di iDEC Alpha. Bilik Latihan Exa mempunyai 15 unit komputer dan Zetta mempunyai 30 unit komputer VDI. Semua makmal latihan ini dilengkapi dengan komputer riba untuk pengajar, projektor LCD, pencetak, skrin, sistem PA dan kemudahan capaian internet manakala perisian asas yang disediakan adalah Microsoft Office, SPSS, SAS dan beberapa perisian multimedia.
Bilik latihan di atas tidak dikenakan bayaran jika ianya digunakan bagi tujuan latihan rasmi universiti yang melibatkan staf UPM.
Untuk tempahan bilik latihan :
Kemaskini:: 26/06/2023 [zuraya]
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA