UPM Perkasa Pengurusan Zakat, Wakaf Dan Endowmen Di Retreat KPT | Universiti Putra Malaysia
» NEWS » UPM Perkasa Pengurusan Zakat, Wakaf dan Endowmen di Retreat KPT

UPM Perkasa Pengurusan Zakat, Wakaf dan Endowmen di Retreat KPT

 

SERDANG, 17 Feb – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, telah membentangkan pengurusan zakat, wakaf dan endowmen UPM kepada pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Naib Canselor/Rektor Universiti Awam serta kepimpinan agensi di bawah KPT.

 

 

Pembentangan itu berlangsung dalam program Retreat Bersama Doc Zam anjuran KPT pada 15-16 Februari lalu di Lumut, Perak. Program tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.

 

 

Pusat Wakaf, Zakat dan Infaq (WAZAN) UPM bertanggungjawab menguruskan kutipan zakat, wakaf dan infaq daripada warga UPM, orang awam, syarikat swasta serta industri, dengan penyeliaan Zakat Selangor.

 

Date of Input: 18/02/2025 | Updated: 18/02/2025 | hairul_nizam

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYCVEAz~