Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto Oleh: Saleha Haron
PUTRAJAYA, 24 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Innopolis University dan Kazan State Agrarian University bagi menjalinkan kerjasama strategik dalam penyelidikan halal, veterinar dan sains komputer.
Naib Canselor UPM, Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata kerjasama ini adalah untuk memperkukuhkan pengantarabangsaan pendidikan di universiti dan ianya sejajar dengan Pelan Strategik UPM 2021 - 2025 Matlamat 3: Melestarikan Ekosistem Jaringan Industri Dan Masyarakat.
“Kita mencari keupayaan bersama universiti di Republik Tatarstan yang melibatkan dengan penyelidikan berimpak tinggi serta mobiliti staf dan pelajar bagi memperkukuhkan kualiti pengajaran di universiti,” katanya.
Majlis pertukaran MoU itu telah disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dan Rais (Head) Republik Tatarstan, TYT Rustam Minnikhanov yang ditandatangani oleh Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Chancellor, Kazan State Agrarian University, Airat R. Valiev dan Rector Innopolis University, Alexander Tormasov.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), KPT, Dato' Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UPM, Prof. Madya Dr. Razali Yaakob dan Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), UPM, Prof. Dr. Awis Qurni Sazili.
Date of Input: 25/10/2023 | Updated: 25/10/2023 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA