Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh
Foto oleh Marina Ismail
SERDANG, 14 Mei - Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul antara universiti terbaik negara yang berjaya melahirkan siswazah dengan nilai-nilai kebolehpasaran apabila 82.2 peratus lulusannya mendapat pekerjaan atau berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, pencapaian itu membuktikan keupayaan universiti melahirkan siswazah berkualiti tinggi melebihi standard ditetapkan Kementerian Pendidikan.
“Ini membuktikan tekad UPM sentiasa kukuh untuk melahirkan siswazah berciri global, menepati keperluan majikan serta mengangkat pelajar UPM ke taraf lebih baik.
“Kejayaan menghasilkan ‘functional graduates’ adalah objektif fundamental universiti,” katanya merujuk jumlah 82.2 peratus daripada 3,380 pelajar yang bergraduat pada tahun 2014 di peringkat bachelor sempena ucapannya dalam Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2014, di sini.
MGAP menobatkan 16 ahli akademik dan seorang bukan akademik UPM dengan Anugerah Fellowship Naib Canselor iaitu empat pensyarah membabitkan kategori pengajaran, lapan pensyarah (penyelidikan dan inovasi), seorang pensyarah dan seorang bukan pensyarah (perkhidmatan profesional) dan tiga pensyarah (perundingan cemerlang).
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Canselor UPM hadir mencemar duli bagi menyampaikan anugerah tersebut kepada semua aghli universiti yang cemerlang.
Prof. Dato’ Dr. Mohd. Fauzi juga berkata peningkatan nilai kebolehpasaran graduan UPM adalah seiring dengan kecemerlangan universiti tersebut dalam bidang penyelidikan, pencapaian akademik serta peningkatan dalam kedudukan ‘ranking’ dunia.
Dalam bidang penyelidikan katanya UPM mencatat pelbagai kejayaan pada tahun lalu apabila memenangi lima pingat emas, 12 perak dan 10 gangsa di peringkat kebangsaan, selain turut menggondol anugerah khas pada pameran Teknologi Expo 2014.
UPM juga katanya turut memenangi lapan pingat emas antarabangsa di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2014 serta memenangi hadiah utama Pengurusan Harta Intelek Terbaik bagi kategori organisasi anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
“Dari segi ranking akademik, UPM mengekalkan prestasi 100 universiti terbaik dunia selama tiga tahun berturut-turut dalam bidang Pertanian dan Perhutanan menurut QS World University Ranking by Subjects.
“Selain itu bidang Perakaunan dan Kewangan, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Mekanikal, dan Kejuruteraan Kimia berada pada kedudukan 150 terbaik dunia.
“Bidang Kesusasteraan dan Bahasa Inggeris, Kejuruteraan Awam dan Struktural, Sains Alam Sekitar, Sains Bahan, Perniagaan dan Pengurusan, Pendidikan, Ekonomi dan Ekonometrics, Sains Komputer dan Maklumat, pula kekal berada pada kedudukan 200 terbaik dunia,” katanya.
Beliau berkata mengikut penarafan QS World University Ranking, UPM berada di kedudukan 376 terbaik di dunia berbanding 420 sebelumnya dan kekal dalam senarai 500 universiti terbaik dunia sejak tahun 2009.
SENARAI PEMENANG
MAJLIS GEMILANG AKADEMIA PUTRA 2014
ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR - PENGAJARAN
Bil |
Kategori dan Kluster |
Pemenang dan Fakulti |
1 |
Kategori Pengajar Cemerlang (Kluster Sains Tulen dan Kesihatan) |
DR. CHEN HUI CHENG Fakulti Perubatan Veterinar |
2 |
Kategori Pengajar Cemerlang (Kluster Sastera dan Sains Sosial serta Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan) |
DR. MASS HAREEZA ALI Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
|
3 |
Kategori Pengajar Muda (Kluster Sains Tulen dan Kesihatan) |
HAFANDI AHMAD (DR) Fakulti Perubatan Veterinar |
4 |
Kategori Pengajar Muda (Kluster Sastera dan Sains Sosial serta Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan) |
DR. GHAZALI BIN LATEH Fakulti Pengajian Pendidikan
|
ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR - PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Bil |
Kategori dan Kluster |
Pemenang dan Fakulti |
1 |
Kategori Penyelidik Cemerlang (Kluster Sains dan Teknologi) |
PROFESOR DR. TAN CHIN PING Fakulti Sains dan Teknologi Makanan |
2 |
Kategori Penyelidik Cemerlang (Kluster Sains Sosial) |
PROFESOR MADYA DR. LAW SIONG HOOK Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
3 |
Kategori Penyelidik Muda (Kluster Sains dan Teknologi) |
DR. AMIMUL AHSAN Fakulti Kejuruteraan |
4 |
Kategori Inovasi dan Pengkomersilan Produk |
PROFESOR DR. MAZNAH ISMAIL Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan |
5 |
Kategori Penerbitan Makalah Jurnal (Kluster Sains dan Teknologi) |
PROFESOR DR. AMIN ISMAIL Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan |
6 |
Kategori Penerbitan Makalah Jurnal (Kluster Sains Sosial) |
PROFESOR MADYA DR. MANSOR ABU TALIB Fakulti Ekologi Manusia |
7 |
Kategori Penerbitan Buku |
PROFESOR DR. MOHAMED ARIF SYED MOHAMED Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
8 |
Kategori Seni dan Kreativiti |
PROFESOR MADYA DR. NAZLINA SHAARI Fakulti Rekabentuk dan Senibina
|
ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR – PERKHIDMATAN PROFESIONAL
Bil |
Kategori dan Kumpulan |
Pemenang dan Fakulti |
1 |
Kategori Perkhidmatan Profesional (Kumpulan Pengurusan dan Profesional – Akademik) |
PROFESOR DR. ABDUL JALIL NORDIN Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan |
2 |
Kategori Perkhidmatan Profesional (Kumpulan Pelaksana) |
HAJI MUHAMAD SALLEH Taman Pertanian Universiti |
ANUGERAH FELLOWSHIP NAIB CANSELOR – PERUNDING CEMERLANG
Bil |
Kategori dan Tempat |
Pemenang dan Fakulti |
1 |
Kategori Perunding Cemerlang (Tempat Pertama) |
DR. HANINA HALIMATUSAADIAH HAMSAN Fakulti Ekologi Manusia |
2 |
Kategori Perunding Cemerlang (Tempat Kedua) |
PROFESOR MADYA DR. RUSMAWATI SAID Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
3 |
Kategori Perunding Cemerlang (Tempat Ketiga) |
PROFESOR DR. CHAN SWEE HENG Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi |
Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA