Oleh Hafliza Hussin
KUALA LUMPUR, 9 Nov – Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih 4 Emas, 9 Perak, 8 gangsa dan 1 Anugerah Khas daripada 25 penyertaan dalam Pameran Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA) 2013.
Dr. Zulkifli Muslim dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina meraih emas dan Anugerah Khas melalui inovasi Transformation Design Based on Tropical Plant Images, Innovation to Functional Design iaitu mengenai proses rekabentuk transformasi berkonsepkan tumbuhan hidup untuk pembuatan jubin, perabot, bangunan dan hiasan dalaman.
Pingat emas lain dimenangi oleh inovasi High-Performance Supercapacitor Electrode hasil penyelidikan Dr. Lim Hong Ngee dari Fakulti Sains iaitu elektrod superkapasitor yang mempunyai kuasa penyimpanan tenaga dan kapasiti kuasa sehingga ~800 F/g berbanding elektrod lain di pasaran yang hanya dapat menyimpan tenaga sebanyak < 200F/g.
Prof. Madya Dr. Norhisam Misron dari Fakulti Kejuruteraan memenangi emas dengan produk High Torque Motor for Oil Palm Electrical Cutter Application iaitu motor elektrik baharu yang mempunyai ketumpatan kilas yang tinggi dalam aplikasi pemotong elektrik.
UPM adalah antara 11 universiti tempatan yang terlibat dalam majlis menandatangai dan pertukaran dokumen MoA bersama pihak industri untuk mewujudkan kerjasama pengkomersilan selaras dengan tema PECIPTA 2013, “Transforming Research & Innovation Towards Commercialisation”.
MoA UPM melibatkan teknologi A Method for Producing A Biopolymer hasil penyelidikan Prof. Dr. Azni Idris daripada Fakulti Kejuruteraan dengan syarikat Pakar Go Green Sdn. Bhd. Majlis tersebut disempurnakan oleh tetamu kehormat, iaitu Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II.
PECIPTA 2013: SENARAI PEMENANG UPM
Bil. |
Penyelidik |
Fakulti/Institut |
Inovasi |
Pingat |
1 |
Dr. Zulkifli Muslim |
Rekabentuk dan Senibina |
Transformation Design Based On |
Anugerah Khas & Emas |
2 |
Dr. Lim Hong Ngee |
Sains |
High-Performance Supercapacitor |
Emas |
3 |
Prof. Madya Dr. Norhisam Misron |
Kejuruteraan |
High Torque Motor For Oil Palm |
Emas |
4 |
Prof. Dr. W. Mahmood Mat Yunus |
Sains |
Novel Heavy Metal Ions Sensor |
Emas |
5 |
Prof. Madya Dr. Ahmad Husni |
Pertanian |
Zappa - Rice Seed Germination |
Perak |
6 |
Prof. Madya Dr. Azrina Azlan |
Perubatan dan Sains Kesihatan |
Heart Friendly Vegetable Oil |
Perak |
7 |
Prof. Madya Dr. Marzanah A. |
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Hooray Hubby |
Perak |
8 |
Prof. Dr. Hamidah Ibrahim |
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Smart Travel Package |
Perak |
9 |
Dr. Maria Chong Abdullah |
Pengajian Pendidikan |
Tingkahlaku Kanak-Kanak |
Perak |
10 |
Prof. Dr. Rozita Rosli |
Perubatan dan Sains Kesihatan |
Glucofix |
Perak |
11 |
Prof. Dr. Md Zuki Abu Bakar |
Biosains/Perubatan Veterinar |
Nanocomposite Paste For Bone |
Perak |
12 |
Prof. Dato' Ir. Mohd Saleh |
Kejuruteraan |
Myobe - Outcome Based Education |
Perak |
13 |
Prof. Madya Dr. Hawa Ze Jaafar |
Pertanian |
Novel Co2 Enrichment Techniques |
Perak |
14 |
Dr. Puziah Hashim |
Penyelidikan dan Produk Halal |
Islamic Cleansing Clay (Ls) For |
Gangsa |
15 |
Prof. Madya Dr. Rosfarizan Mohamad |
Bioteknologi dan Sains Biomolekul |
A Method For Producing |
Gangsa |
16 |
Prof. Madya Dr. Marzanah A. |
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
D'seat |
Gangsa |
17 |
Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi |
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Malay Interrogative Knowledge |
Gangsa |
18 |
Dr. Iskandar Ishak |
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Mobile Plant Tagging System |
Gangsa |
19 |
Prof. Dr. Suhaila Mohamed |
Biosains |
Healen |
Gangsa |
20 |
Prof. Dr. Desa Ahmad |
Kejuruteraan |
Kenaf Stems Harvester - Design |
Gangsa |
21 |
Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir |
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Global Monitoring And |
Gangsa |
22 |
Prof. Madya Dr. Fatimah Sidi |
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Forest Health Monitoring System |
Tiada |
23 |
Prof. Madya Dr. Lilly Suriani |
Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Mobile Flora Classification |
Tiada |
24 |
Prof. Dr. Zulkifli Hj. |
Pertanian |
Bacto-10 Liquid Bio-Fertilizer |
Tiada |
25 |
Dr. Liang Juan Boo |
Pertanian Tropika |
Fermented Rice Straw Containing |
Tiada |
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA