KUALA LUMPUR, 22 Feb – Universiti Putra Malaysia (UPM) membawa pulang 3 Emas, 3 Anugerah Khas dalam pameran Malaysia Technology Expo (MTE) 2013.
UPM memenangi 1 pingat emas, 9 perak dan 9 gangsa dalam kategori Invention & Innovation Awards dan 2 pingat emas, 3 gangsa dan 3 Anugerah Khas dalam kategori International Design Awards (mIDEAS) pada pertandingan tahunan untuk saintis dan penyelidik nasional mempamerkan rekacipta masing-masing.
Tiga Anugerah Khas yang dimenangi ialah Foreign Special Award-Japan Intellectual Property Association (JIPA), The Best Awards dan Special Award with Compliment from Panel Jury.
Emas UPM disumbangkan oleh Dr. Ali Dehghantanha dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dengan produk Pervasive Cyber-Security Education System (PCSES) iaitu sistem untuk membimbing pengguna tentang bahan-bahan keselamatan aplikasi web untuk persekitaran yang terkawal, di mana pengguna boleh mengalami keadaan sebenar dunia siber.
Selain beliau, Dr. Zulkifli Muslim dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina meraih pingat emas serta 2 Anugerah Khas iaitu The Best Awards dan JIPA untuk Best Design Award. Produknya Transformation Design of Decoration Tiles Based on Tropical Plant Images mengenai proses rekabentuk berkonsepkan tumbuhan hidup untuk pembuatan jubin, perabot dan bangunan.
Manakala pingat emas ketiga iaitu inovasi Congrex Public Bench dari Dr. Ahmad Rizal Abdul Rahman dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina turut memenangi Anugerah Khas Special Award with Compliment from Panel Jury. Congrex Public Bench ialah perabot mesra taman daripada kayu getah atau kayu tempatan untuk dijadikan sebagai tempat duduk yang fleksibel.
Selain itu, UPM juga berjaya membawa pulang 9 perak, 12 pingat gangsa dan meraih tempat ketiga kategori Booth Award.
Pameran tahunan anjuran Malaysian Association of Research Scientists (MARS) dan PROTEMP Exhibition Sdn. Bhd. dengan kerjasama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berlangsung pada 21-23 Februari 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ia disertai 28 pempamer daripada agensi-agensi penyelidikan dalam dan luar negara, IPTA, IPTS dan pelajar-pelajar sekolah.
Invention & Innovation Awards 2013
Pingat Emas
Dr. Ali Dehghantanha |
Pervasive Cyber-Security Education System |
Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Pingat Perak
Prof. Dr. Hamidah Ibrahim |
XML Database Management System |
Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Dr. Teh Noranis Binti Mohd Aris |
SoftAgentOOPSemantics: A Software Agent Paradigm for Object-Oriented Programming Semantics |
Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Assoc. Prof. Dr Rahmita Wirza O.K. Rahmat |
3D Right Ventricle Stroke Volume Software |
Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Prof. Dr. Nor Kamariah Noordin |
The Melody to Musical Notation Translating System |
Fak. Kejuruteraan |
Assoc. Prof. Dr. Hawa ZE Jaafar |
Novel CO2 Enrichment Techniques for Growth and Pharmaceutical Enhancement of Labisia Pumila Benth (Kacip Fatimah). |
Fak. Pertanian |
Assoc. Prof. Dr. S.Vijayaletchumy |
NeoLexic |
Fak. Bahasa Moden dan Komunikasi |
Prof Dr Amin Ismail |
Application of FTIR and proton NMR spectroscopy for analysis butter adulterated with lard for Halal verification |
Inst. Penyelidikan Produk Halal |
Prof Dr. Fauziah Othman |
The New Generation of Protective Supplement for Liver Cancer |
Fak. Perubatan danSains Kesihatan |
Prof. Dr. Mohd. Yazid Abd. Manap |
FOODClicks- Faculty Administration System |
Fak. Sains dan Teknologi Makanan |
Assoc. Prof. Dr. Jegatheswaran Ratnasingam |
Saw Mills Expert System |
Fak. Perhutanan |
Prof. Dr. Mohamed Othman / Mr. Hassen A. Mogaibel |
On-demand channel reservation scheme for common traffic in wireless mesh networks |
Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Assoc. Prof. Dr. Nur Izura Udzir |
Global Monitoring and Surveillance System |
Fak. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Assoc. Prof. Dr. Hawa ZE Jaafar |
Novel Antioxidant Activities and Secondary Metabolite Enhancement of Labisia Pumila Benth. Under Manipulation of Greenhouse Irradiance |
Fak. Pertanian |
Assoc. Prof. Dr. Rosnah Shamsudin |
High Viscosity Mixing Blade |
Fak. Kejuruteraan |
Assoc. Prof. Dr. Rosnah Shamsudin |
UVTREAT Machine |
Fak. Kejuruteraan |
Dr. Fathinul Fikri Ahmad Saad |
18[F] FDG-PET/CT is a useful molecular marker in evaluating thymoma aggressiveness |
Pusat Pengimejan Diagnostik Nuklear |
Dr. Mohammed Nazrim Marikkar |
Evaluation of avocado fats from Malaysian cultivars for halal fat formulation |
Inst. Penyelidikan Produk Halal |
Dr. Rosita Jamaluddin |
Probiotic Lactobacillus casei Shirota Strain Reduction of Aflatoxin Level |
Fak. Perubatan danSains Kesihatan |
Pingat Gangsa
Malaysia International Design Awards 2013
Foreign Special Award - Japan Intellectual Property Association (JIPA)
Best Design Award
Dr. Zulkifli Muslim |
Transformation Design of Decoration Tiles Based on Tropical Plant Images |
Fak. Rekabentuk dan Senibina |
The Best Awards
Dr. Zulkifli Muslim |
Transformation Design of Decoration Tiles Based on Tropical Plant Images |
Fak. Rekabentuk dan Senibina |
Special Award With Compliment From Panel Jury
Dr. Ahmad Rizal Abdul Rahman |
CONGREX - Public Benches For Park |
Fak. Rekabentuk dan Senibina |
Pingat Emas
Dr. Zulkifli Muslim |
Transformation Design of Decoration Tiles Based on Tropical Plant Images |
Fak. Rekabentuk dan Senibina |
Dr. Ahmad Rizal Abdul Rahman |
CONGREX - Public Benches For Park |
Fak. Rekabentuk dan Senibina |
Pingat Gangsa
En. Mohd Faiz Yahaya |
Save Me Fire Extinguisher |
Fak. Rekabentuk dan Senibina |
Mr. Ruhaizin Sulaiman |
Sustainable Herbal Mosquito Repellent (HEMOR) |
Fak. Rekabentuk dan Senibina |
Ms. Arnis Aziz |
HE-PRO (Aromatic - Repellent Container) |
Fak. Rekabentuk dan Senibina |
Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA