Oleh Syifarida Muhamad Zaki
SERDANG, 15 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat lonjakan tertinggi antara semua universiti awam sebanyak 45 anak tangga dalam QS World University Ranking 2015/2016.
UPM mencatatkan kenaikan tertinggi dengan mendapat ranking kedudukan 331 dunia berbanding 376 pada tahun lalu dengan skor 39.7.
Pencapaian universiti awam lain ialah Universiti Malaya naik 5 tangga daripada 151 ke kedudukan146, Universiti Sains Malaysia naik 20 anak tangga (309 ke 289), Universiti Teknologi Malaysia turun 9 anak tangga (294 ke 303) dan Universiti Kebangsaan Malaysia turun 53 anak tangga (259 ke 312).
Menariknya, ranking UPM meningkat buat tahun ketiga berturut-turut seperti jadual di bawah.
Pencapaian UPM dari 2013-2015
Tahun |
Ranking Dunia |
Ranking di Malaysia
|
Markah keseluruhan
|
2013 |
411-420 |
5 |
32.0 |
2014 |
376 |
5 |
36.4 |
2015 |
331 |
5 |
39.7 |
Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata peningkatan UPM menunjukkan kejayaan inisiatif UPM menjayakan matlamat Putra Global 200 yang terangkum dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020.
“Sebanyak empat indikator UPM meningkat skor iaitu Faculty Student Ratio, Citations per Faculty, International Faculty dan International Students manakala indikator reputasi UPM bagi ahli akademik dan majikan mengalami penurunan skor.
“Walaupun penurunan pada indikator reputasi yang menyumbang markah terbanyak, namun ini tidak menjejaskan skor UPM keseluruhan kerana peningkatan tinggi pada skor lain.
“Tambahan pula berlaku penurunan yang kecil pada indikator reputasi, iaitu penurunan 2.2 mata bagi academic reputation dan 3.4 mata untuk employer reputation,” kata Naib Canselor.
Dalam aspek pemantauan prestasi ranking, UPM telah menjadikan semua indikator yang diukur dalam QS World University Ranking sebagai Key Performance Indicator (KPI) UPM dan dipantau secara berkala melalui Bengkel Pencapaian Prestasi Suku Tahun.
Terdapat enam indikator yang digunakan dalam QS World University Ranking seperti di bawah.
INDICATOR |
WEIGHT |
SOURCES
|
Global Academic Peer Review |
40% |
Global Survey |
Citations per Faculty |
20% |
Sciverse Scopus |
Faculty Student Ratio |
20% |
QS Database |
Global Employer Review |
10% |
Global Survey |
International Faculty |
5% |
QS Database |
International Students |
5% |
QS Database |
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA