UPM Anjur Program FSM Career Boost Tingkat Kebolehpasaran Pelajar | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM anjur Program FSM Career Boost tingkat kebolehpasaran pelajar

UPM anjur Program FSM Career Boost tingkat kebolehpasaran pelajar


 

Oleh: Ameesya Aghniya Ab Rahim

 

SERDANG, 20 Jan – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini, telah menganjurkan program FSM Career Boost bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar dari Fakulti Sains Teknologi dan Makanan dengan menyediakan platform latihan komprehensif.

 

Program ini diadakan dengan tujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai latihan industri berkualiti serta pengalaman pembelajaran praktikal yang bermakna melalui modul latihan industri berstruktur.

 

Seramai 135 orang pelajar dari Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian dan Bacelor Sains Pengajian Makanan dengan Kepujian terlibat dalam program ini.

 

Ketua program, Dr. Siti Fatimah Mohamad berkata, latihan industri bukan sahaja platform untuk mengaplikasikan ilmu tetapi juga langkah pertama dalam membina kerjaya yang mampan.

 

“Pelajar juga didedahkan kepada Program Latihan Industri Berstruktur Nasional oleh TalentCorp bagi membina hubungan langsung dengan organisasi serta memperkukuhkan keyakinan mereka dalam menghadapi cabaran kerjaya.

 

“Program ini juga berfungsi sebagai platform dengan membimbing pelajar dalam merancang perjalanan kerjaya mereka demi perancangan jangka panjang untuk pembangunan profesional mereka,” katanya.

 

Turut hadir, IOI Properties Group Berhad, PULSE Group Sdn. Bhd., Dewina Holdings Sdn. Bhd., Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd., dan Kuala Lumpur Golf & Country Club Berhad termasuk agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia, iaitu TalentCorp.

 

Dalam pada itu, pelajar dapat meningkatkan peluang jaringan antara industri dan akademik bagi memastikan graduan lebih bersedia untuk menghadapi persaingan dalam pasaran kerja serta menyokong Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

 

 

Tarikh Input: 20/01/2025 | Kemaskini: 20/01/2025 | eszereen

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYBVLAx~