Oleh: Muhammad Al Amin Mustafha
SERDANG, 13 Mac – Universiti
Putra Malaysia (UPM) melalui Pusat Sukan berjaya menganjurkan Kejohanan
Karnival Sukan UPM 2017 yang berlangsung penuh meriah.
Kejohanan edisi kedua itu diadakan pada 11 dan
12 Mac 2017 di Kompleks Sukan UPM.
Penganjuran kejohanan itu dilihat penting buat
UPM dalam menyediakan platform kepada komuniti setempat dan sebagai “hub” bagi
menikmati gaya hidup sihat menerusi sukan.
Ini kerana UPM adalah organisasi yang mampu
menyediakan kemudahan sukan yang lengkap bagi penganjuran sukan sama ada di
peringkat kebangsaan atau pun antarabangsa.
Pada edisi 2017 ini, beberapa acara sukan dipertandingkan
antaranya Bola Sepak 9-sebelah Terbuka, Bola Sepak 9-sebelah Bawah 12 tahun,
Ping Pong Novice, Dart (beregu dan perseorangan) dan Sepak Takraw Regu.
Penyertaan amat menggalakkan, terutama
daripada pasukan-pasukan sekitar Lembah Klang.
Dalam acara Bola Sepak 9-sebelah Terbuka,
pasukan Bomba Putrajaya FC berjaya muncul juara, manakala Semanis Kurma di
tempat kedua dan Red White FC ketiga. - UPM
Tarikh Input: 21/03/2017 | Kemaskini: 21/03/2017 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA