UPM Adakan Projek Landskap Ikon KOSASS, Dukung Agenda Pelestarian Alam Sekitar | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » UPM adakan Projek Landskap Ikon KOSASS, dukung agenda pelestarian alam sekitar

UPM adakan Projek Landskap Ikon KOSASS, dukung agenda pelestarian alam sekitar

SERDANG, 9 Nov – Sekretariat Sukarelawan dan Teknologi Hijau, Majlis Perwakilan Kolej (MPK), Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2023/2024 telah mengadakan Projek Landskap Ikon KOSASS baru-baru ini, untuk mendukung agenda pelestarian alam sekitar di UPM.

Pengetua, KOSASS, UPM, Dr. Mohd Mursyid Arshad berkata, program ini dijalankan bertujuan untuk menghijaukan kawasan ikonik di KOSASS, UPM sejajar dengan hasrat universiti untuk melestarikan alam sekitar di kawasan kampus.

“Penanaman pokok jenis Kesinan Merah membawa simbolik semangat kesepaduan yang menjadi lambang jiwa yang besar dalam warga UPM khususnya KOSASS dalam aspek perpaduan, setia kawan dan kerjasama.

“Projek ini dapat melahirkan warga KOSASS yang prihatin untuk meningkatkan kelestarian dan keceriaan kawasan kampus bagi membentuk imej yang baik kepada identiti KOSASS,” katanya.

Dalam pada itu, program ini diharapkan dapat diteruskan untuk memastikan agenda pelestarian kawasan hijau di kampus tercapai, di samping melahirkan warga kampus yang cakna dalam usaha pelestarian alam sekitar.

Tarikh Input: 09/11/2023 | Kemaskini: 09/11/2023 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYEIBAv~