Sahabat Masjid UPM Sumbang Pek Sarapan Kepada Hospital Serdang | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » Sahabat Masjid UPM sumbang pek sarapan kepada Hospital Serdang

Sahabat Masjid UPM sumbang pek sarapan kepada Hospital Serdang

SERDANG: Sahabat Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) menyumbang 100 pek juadah sarapan pagi kepada petugas barisan hadapan Hospital Serdang, 16 Oktober lalu.

Pengerusi Sahabat Masjid UPM, Bukryman Sabri berkata sumbangan itu sebagai penghargaan dan tanda terima kasih kepada petugas barisan hadapan hospital berkenaan yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan terbaik kepada pesakit, terutama ketika pandemik COVID-19 sekarang.

Petugas barisan hadapan itu terdiri daripada staf perubatan hospital berkenaan.

Beliau berharap mereka diberikan kekuatan dan keselamatan oleh Allah SWT, serta sabar dan tabah dalam mengharungi cabaran dan tugas. - UPM 

Tarikh Input: 04/11/2020 | Kemaskini: 04/11/2020 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYEKPAt~