Penembak Sukan SEA Peroleh Ijazah | Universiti Putra Malaysia
BYENPAD~
» BERITA » Penembak Sukan SEA peroleh ijazah

Penembak Sukan SEA peroleh ijazah

Oleh Noraida Ahmad Zaimi

SERDANG, 19 Nov – Sebagaimana bidikan dan penumpuan penuh ketika menembak di lapangan sasar, begitulah juga fokus yang diberikan oleh penembak negara, Muhammad Zubair Mohammad dalam pelajaran sehingga beliau berjaya memperoleh ijazah Bacelor Kejuruteraan (Sistem Komputer & Komunikasi).

Muhammad Zubair, 27, menerima ijazahnya itu pada Majlis Konvokesyen ke-43 Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

“Perlu menghadiri kelas serta menyiapkan tugas, dan pasa masa yang sama membuat persiapan menyertai kejohanan di pelbagai peringkat memerlukan saya untuk sentiasa fokus terhdap apa juga yang saya lakukan.

“Saya juga perlu bijak menguruskan masa untuk latihan dan pelajaran,” katanya yang memenangi pingat perak Sukan SEA Laos 2011, pingat perak Sukan SEA Singapura 2015 dan pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Katanya, beliau gembira dan bersyukur dapat bergelar graduan selepas lima dalam pengajian itu, dan berhasrat menyambung Master di UPM.

“Kejayaan ini juga hasil dorongan kuat daripada keluarga dan rakan-rakan,” katanya. - UPM

Tarikh Input: 03/12/2019 | Kemaskini: 03/12/2019 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---