Bengkel itu untuk menerapkan tujuh elemen dalam kursus kokurikulum iaitu kemahiran insaniah kepada pelajar supaya dapat mewujudkan rangkaian kerjasama erat (networking) antara masyarakat dengan institusi pengajian tinggi, serta mewujudkan nilai kepemimpinan, semangat bekerjasama dan kerja berpasukan di kalangan pelajar.
Bengkel kraftangan Craftywarrior's itu bertemakan "Let Be Crafty, Creative, Enjoy and Have Fun." Ia dipimpin Nuratiqah Shafizal sebagai Pengarah Program dan Cik Nurul Asyikin Mohd Taib selaku fasilitator kumpulan ini.
Seramai 36 orang pelajar Tadika Bahtera Khalifah (Little Caliphs) berusia 6 tahun menyertai bengkel berkenaan. Dua sesi kraf yang dijalankan adalah DIY Pencil Topper dan DIY Bantal Owl. - UPM
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA