Oleh: Mohd Nazri Md Yasin
TAIPEI, 18 Mei - Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL di National Taiwan University, Taipei.
Dalam ucapan sulung beliau, Prof. Datin Paduka Aini merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada mantan Naib Canselor UPM Prof. Dato’ Mohd Fauzi Ramlan atas sumbangan jasa beliau sebagai Presiden ASAIHL dan akan meneruskan tanggungjawab yang diberikan kepada Universiti Putra Malaysia dalam menerajui ASAIHL untuk tempoh sehingga Bulan Disember 2016.
Prof. Datin Aini turut mengucapkan penghargaan kepada Presiden dan kepimpinan National Taiwan University atas hospitaliti dan kejayaan penganjuran persidangan ASAIHL pada kali ini.
Persidangan kali ini amat bermakna dan mencatatkan sejarahnya tersendiri kerana ia juga merupakan sambutan 60 tahun penubuhan ASAIHL.
ASAIHL telah ditubuhkan pada tahun 1956 hasil cetusan idea 8 universiti dari 8 negara Asia iaitu Malaysia, Thailand, Philippines, Indonesia, Myanmar, Vietnam, Sri Lanka dan Hong Kong, China.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL turut merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris sebagai Naib Canselor UPM dan seterusnya menerajui kepimpinan ASAIHL.
Mereka menyatakan sokongan kepada Datin Paduka untuk sama-sama membawa ASAIHL ke peringkat yang lebih tinggi.
Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL merupakan badan tertinggi dalam pembuatan dasar berkaitan halatuju dan aktiviti yang dilaksanakan oleh ASAIHL bagi kepentingan bersama.
Tuan rumah bagi Mesyuarat dan Persidangan ASAHL kali ini merupakan National Taiwan University.
Naib Presiden bagi Hal Ehwal Antarabangsa (Vice President for International Affairs), Prof. Dr. Luisa Shu-Ying Chang turut hadir selaku tuan rumah mewakili Presiden NTU Prof. Dr. Pan-Chyr Yang ke Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah ASAIHL.
FAKTA NTU
National Taiwan University (NTU) is Taiwan’s flagship research institution since its foundation in 1928 as Taihoku Imperial University. Committed to excellence for eight decades, the University has played a constructive role in Taiwan’s remarkable transformation into a highly competitive economy and modern society. It offers a stimulating, intellectually rigorous environment in which to develop innovative research with strong impact.
NTU’s leading role in education and research is supported by a global strategy that capitalizes on sustained mobility, an expanded network of 500 partners in 60 countries, and the creation of quality international opportunities.
NTU is:
Caption foto kedua: Prof Datin Paduka Aini Ideris (kanan) bersama Presiden NTU Prof. Dr. Pan-Chyr Yang, Naib Presiden bagi Hal Ehwal Antarabangsa -Prof. Dr. Luisa Shu-Ying Chang, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim dan Naib Presiden Eksekutif Akademik dan Penyelidikan NTU Profesor Dr. Liang-Gee Chen.
Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA