Oleh: Noor Eszereen Juferi
Foto oleh: Noor Azreen Awang
SERDANG, 2 Nov – Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan Sambutan Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) 2018 bagi membudayakan kualiti dan inovasi staf untuk melahirkan kelompok pekerja yang memiliki budaya pemikiran kreatif dan cara kerja bersinergi.
Naib Canselor, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris berkata inisiatif pelaksanaan HKIP diharap akan memberi impak positif kepada universiti serta hasil inovasi yang dihasilkan oleh staf boleh diaplikasikan dalam pelbagai aspek untuk dimanfaatkan di masa depan.
“Pelbagai aspek inovasi boleh diaplikasikan antaranya pengurusan pelanggan, amalan budaya kerja, pengurusan strategik dan kepimpinan, sumber manusia, kewangan, aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pengurusan projek-projek pembangunan,” katanya.
Beliau berkata, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) adalah salah satu contoh sinergi pemikiran kreatif yang dapat menghasilkan pelbagai inovasi yang diiktiraf dan dua buah kumpulan KIK UPM mendapat penarafan emas di Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam ke-14 di Universiti Malaya baru-baru ini.
“Kumpulan iDECTECH dari Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) membangunkan direktori pengenalan tunggal atau UPM-ID semua sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman di UPM yang hanya menggunakan satu id dan kata laluan yang sama.
“Kumpulan Langit Putra iaitu kumpulan gabungan daripada Putra Science Park dan Pejabat TNC (P&I) dengan inovasi SkytiderTM iaitu alat yang dicipta untuk menggantungkan dan menurunkan bunting outdoor pada tiang lampu yang lebih selamat dan praktikal tanpa menggunakan tangga atau kren,” katanya.
Pengerusi Induk Sambutan HKIP 2018, Prof. Dr. Amin Ismail berkata sambutan HKIP 2018 yang bertemakan “Pemikiran Kreatif Penggerak Sinergi Inovasi” merupakan kali ke-6 sejak tahun 2013 adalah suatu usaha yang baik serta memberi impak positif kepada universiti.
“Kreativiti di kalangan staf bukan hanya bakat semula jadi individu malah ia boleh dipelajari. Dengan adanya persekitaran serta teknik yang bersesuaian potensi ini boleh dikenal pasti dan dipupuk,” katanya.
Pemenang bagi 15 kategori yang dipertandingkan ialah:
Nuraida Ibrahim, Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Lampu dan Bunyi Amaran - Zulkifli Sulaiman, Kolej Sultan Alaeddin Suleiman
Shah (KOSASS)
Kerusi Pintar - Norhezrulsham Muhamad Nodin, Pusat Pembangunan Maklumat
dan Komunikasi
Water Saving System - Mohd Johari Sepet, Fakulti Sains
Re-Bunting Carrier (RBC) - Asrizam Esam, Putra Science Park
Mobile Advertising Stand (MAS) - Fahmi Azar Mistar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Sekolah Pengajian Siswazah – Piala Pusingan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan – Piala Pusingan
(Kategori Fakulti/Asasi) - Fakulti Ekologi Manusia
(Kategori Institut/Kolej/Sekolah/Akademi) - Institut Biosains
(Kategori Entiti Perkhidmatan) - Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Keseluruhan - Perpustakaan Sultan Abdul Samad
Bahagian Audit Dalam
Projek: Proses Pengauditan Indeks Akauntibilit
iDETECH – Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Langit Putra – Putra Science Park & Pejabat TNCPI
Kategori Teknikal – Kumpulan PutraBiz @ CEM
Kategori Pengurusan – Kumpulan THE CORE 2.0 – Bahagian Audit Dalam & CoSComm
Kategori 3 – Kolej Kedua
Kategori 2 – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen
Kategori 1 – Pusat Kesihatan Universiti
Pusat Alumni
Fakulti Ekologi Manusia
Fakulti Ekologi Manusia
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Sri Kantha Rao a/l Sani Babu
Mohd Faizal Daud
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Krishnan Mariappan
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi
Mohd Izhwan Muhamad
Fakulti Kejuruteraan
Allan Lajot
Fakulti Pertanian
Noraihan Noordin
Fakulti Kejuruteraan
Mat Razi Abdullah
Pusat Islam Universiti
Siti Maryam Othman
Pejabat Penasihat Undang-undang
Nor Afida Miskan
Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Dato’ Wan Azman Wan Omar
Pejabat Pendaftar
Siti Rozana Supian
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)
Shahriman Hashim
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Tarikh Input: 21/11/2018 | Kemaskini: 21/11/2018 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA