G8 Juara Keseluruhan SUSTAF 2023 | Universiti Putra Malaysia
» BERITA » G8 juara keseluruhan SUSTAF 2023

G8 juara keseluruhan SUSTAF 2023

Oleh: Nurul Ezzaty Mohd Azhari
Foto: Muhamad Zaid Nor Akahbar  

SERDANG, 4 Ogos - Perlawanan akhir bola sepak Kejohanan Sukan Staf (SUSTAF) 2023 Universiti Putra Malaysia (UPM) menyaksikan pasukan Gabungan 8 (G8) membenam Gabungan 4 (G4) dengan jaringan 4-0 sekali gus memahat sejarah G8 muncul juara acara Bola sepak SUSTAF 2023.

Kejayaan ini turut menobatkan G8 sebagai Johan Keseluruhan SUSTAF 2023 setelah berjaya memungut 92 mata keseluruhan menewaskan Gabungan 5 (G5) di tempat kedua dengan pungutan mata 72 menerusi 15 acara yang dipertandingkan sepanjang SUSTAF 2023 berlangsung.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Nazamid Saari berkata semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh staf UPM menunjukkan keseimbangan dari segi pekerjaan, sosial dan gaya hidup sihat.

Terdahulu, SUSTAF 2023 membuka tirai kejohanan pada 10 Julai lalu menerusi lapan gabungan mewakili semua jabatan di UPM.

Tarikh Input: 07/08/2023 | Kemaskini: 07/08/2023 | hairul_nizam

PERKONGSIAN MEDIA

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BYEJHA2~