Hafliza Hussin
KUALA LUMPUR, 21 Feb – Universiti Putra Malaysia (UPM) membawa pulang lima pingat emas, 12 perak, 10 gangsa dan satu anugerah khas pada pameran Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2014 pada 20-22 Februari lalu.
Dr. Farzad Hejazi dari Fakulti Kejuruteraan berjaya mendapat emas sekaligus memenangi Anugerah Khas – The Very Best Award, melayakkan beliau mendapat hadiah wang tunai RM4,000 melalui penyelidikannya.
Inovasinya, The Rubber Wall Damper for Framed Structure ialah penyerap getah gegaran damper dinding bagi mengurangkan kesan beban dinamik dan menghalang kerosakan bangunan akibat gegaran semasa bencana alam.
Emas kedua dimenangi oleh Dr. Rohaya Latip dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dengan ciptannya, Multimedia File Splitting Technique for Medical Data Grid Storage. Teknik ini mempunyai keupayaan untuk menguruskan data perubatan yang besar seperti echocardiogram, MRI dan Citi Scan yang dapat disimpan di dalam grid kemudahan pengkomputeran bernama Biruni Grid.
Emas ketiga, Private Android Safe Market: Be Part of Our Revolution in Security Industry hasil ciptaan Dr. Ali Dehghantanha daripada Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat merupakan inovasi keselamatan muat turun aplikasi untuk pengguna android.
Emas keempat berjaya dirangkul oleh Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin melalui penyelidikannya, Bi-Functional Heterogeneous Catalyst for Production of Non-Edible based Biodiesel, iaitu satu pembangunan sistem pemangkin heterogen untuk pengeluaran biodiesel secara besar-besaran dengan lebih efektif.
Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff daripada Institut Biosains meraih emas kelima UPM melalui produknya iaitu Premier Marine Collagen, kolegen yang dihasilkan daripada obor-obor yang boleh dimakan dan sesuai diaplikasikan bagi kegunaan dalam industri nutraseutikal, farmaseutikal, makanan dan kosmetik terutamanya untuk fabrikasi biobahan seperti pembalut luka dan tisu tiruan.
UPM juga memenangi Most Visitor-Friendly Booth dan menerima sebuah trofi pada malam majlis anugerah itu yang disampaikan oleh Timbalan Menteri MOSTI, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah,.
Senarai penuh pemenang:
Bil |
Nama Produk/Teknologi |
Nama Ketua Projek |
Fakulti/ Institut / Sekolah/ Akademi |
Keputusan |
Rubber Wall Damper |
Dr. Farzad Hejazi |
Fakulti Kejuruteraan |
Emas+ Anugerah Khas (Very Best Award + RM 4,000) |
|
A Novel Multimedia File Splitting Technique for Medical Data Grid Storage |
Dr. Rohaya Latip |
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Emas |
|
Private Android Safe Market |
Dr. Ali Dehghantanha |
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Emas |
|
GreenCat |
Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin |
Fakulti Sains |
Emas |
|
Premier Marine Collagen |
Prof. Dr. Fatimah Md. Yusoff |
Institut Biosains |
Emas |
|
Treatment Of Oil Palm Biomass By Superheated Steam For Biocomposite Production |
Dr. Hidayah Ariffin |
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul |
Perak |
|
Hypoxia-Inducible Factor (HIF) activity reporter cell line |
P.M. Dr. Norazizah Shafee |
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul |
Perak |
|
Multi Function Kitchen Stool |
Dr. Ahmad Rizal Rahman |
Fakulti Rekabentuk dan Senibina |
Perak |
|
UJIAN KECEKAPAN BAHASA MELAYU (UKBM©) |
Dr. Fadzilah Abd Rahman |
Fakulti Pengajian Pendidikan |
Perak |
|
High Thrust Density Transverse Flux Linear Motor |
P.M Dr. Norhisam Misron |
Fakulti Kejuruteraan |
Perak |
|
Structural Analysis Software |
Prof. Ir. Dato’ Dr. Mohd Saleh Jaafar |
Fakulti Kejuruteraan |
Perak |
|
White Pepper Decorticator |
P.M. Dr. Rosnah Shamsudin |
Fakulti Kejuruteraan |
Perak |
|
Kit Bijak Wang: Anak Bijak Cerdik Duit |
Dr. Mohamad Fazli Sabri |
Fakulti Ekologi Manusia |
Perak |
|
Sunscreen active agent |
Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein |
Institut Teknologi Maju |
Perak |
|
Nanocomposite Bone Scaffolds |
Prof. Dr. Md Zuki Abu Bakar@ Zakaria |
Institut Biosains |
Perak |
|
Automatic Dishwashing Detergent (Add) Containing T1 Lipase |
Prof. Dr. Raja Noor Zaliha Raja Abd Rahman |
Institut Biosains |
Perak |
|
Learning Assessment Systems |
P.M Dr. Kamariah Abu Bakar |
Institut Penyelidikan Matematik |
Perak |
|
Geriatrics Information System |
P.M Dr. Marzanah A. Jabar |
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Gangsa |
|
MyMOM |
P.M Dr. Masrah Azrifah Azmi Murad |
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Gangsa |
|
Forensic Application to Identify Source and location of mobile phone Image |
Rrof. Dr. amlan Mahmod |
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Gangsa |
|
EGGS BOILER |
Pn. Arnis Aziz |
Fakulti Rekabentuk dan Senibina |
Gangsa |
|
SATAY PACKAGING |
Pn. Arnis Aziz |
Fakulti Rekabentuk dan Senibina |
Gangsa |
|
IKDIG © |
Pn. Rosnani Jusoh |
Fakulti Pengajian Pendidikan |
Gangsa |
|
Single Seedling Nursery Tray for SRI Planting Machine |
Dr. Aimrun Wayayok |
Fakulti Kejuruteraan |
Gangsa |
|
Salmonella Agona for Colorectal Tumor |
P.M Dr. Cheah Yoke Kqueen |
Fakulti PErubatan dan Sains Kesihatan |
Gangsa |
|
LAMP for the detection of ISKNV |
Prof. Dato’ Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din |
Fakulti Perubatan Veterinar |
Gangsa |
|
Assessment of Teachers' Practices in Teacher-Student Interaction System |
Prof. Dr. Kamariah Abu Bakar |
Institut Penyelidikan Matematik |
Gangsa |
|
UPM Booth |
- |
Universiti Putra Malaysia, Putra Science Park (PSP) |
The Most Visitor Friendly Booth |
Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA