Oleh: Nurul Athira Mohd Affandi
SERDANG, 6 Okt – 50 pelajar Youth of Strength and Happiness (YOSH), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai International Youth Camp (IYC) 2023 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bharu, baru-baru ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, selaku perasmi IYC 2023 berkata, program seumpama ini sememangnya memberikan manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan belia.
“Program ini dilihat sebagai inisiatif untuk mengelakkan pelbagai bentuk permasalahan sosial dan keruntuhan akhlak remaja yang kian meningkat kini serta melahirkan bakal pemimpin negara yang berintegriti,” katanya.
Pelajar Program Doktor Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UPM, Nurul Amira Harun berkata, program ini memberi impak positif kepada mahasiswa dalam melahirkan pemimpin belia yang bertanggungjawab dan berkaliber.
“IYC 2023 memberi impak positif kepada diri saya sendiri sebagai mahasiswa untuk berdaya tahan dalam berhadapan dengan cabaran semasa,” katanya.
Dalam pada itu, IYC 2023 melibatkan lebih daripada 190 belia dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara antaranya Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Sunway, Universiti Yarmouk dan Universiti Al-Azhar.
Tarikh Input: 06/10/2023 | Kemaskini: 06/10/2023 | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA