Oleh Hafliza Hussin
Foto oleh Saleha Haron
KUALA LUMPUR, 14 Feb – Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan satu anugerah khas dalam pameran Malaysia Teknologi Expo (MTE) 2015 pada 12-14 Februari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Penyelidik UPM turut memenangi empat pingat perak dan sembilan gangsa dalam MTE yang mempertandingkan 16 inovasi pelbagai kategori selain UPM memenangi tempat kedua bagi Best Booth Design Shell Scheme Category.
Kesemua pemenang menerima pingat beserta sijil yang disampaikan oleh Presiden Malaysian Association Research Scientist (MARS), Dr. Wan Manshol W. Zin selaku penganjur rasmi bagi MTE 2015.
Dr. Farzad Hejazi dari Fakulti Kejuruteraan UPM mendapat emas dan Anugerah Khas – Gold Medal with Compliment from Panel Jury, selama dua tahun berturut-turut melalui inovasi beliau iaitu Special Connection for Precast Walls.
Ia adalah keluli sambungan saluran berbentuk u untuk pratuang dinding yang digunapakai di dalam sistem bangunan perindustrian bagi mengurangkan kesan beban dinamik dan kerosakan pada bangunan akibat getaran seperti banjir, tsunami, gempa bumi, kenderaan dan jentera berat.
Emas kedua dimenangi oleh Dr. Janet Lim Hong Ngee dari Fakulti Sains dengan tajuk How Practical is Supercapasitor with Flexibility?, You Decide berkaitan inovasi superkapasitor fleksibel yang mempunyai stabiliti terbaik meminimakan saiz ruang untuk digunakan dalam pelbagai bentuk permukaan melengkung.
Prof. Dr. Lai Oi Ming daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul pula meraih emas melalui produknya iaitu SuperCare Stabilized Carotenoids and Vitamin E Powder iaitu bahan semulajadi yang mengandungi tocopherols dan tocotrienols serta carotenoids berbentuk serbuk untuk dicampurkan dengan mudah di dalam pelbagai produk untuk pelbagai fungsi.
Tocols dan carotenoids adalah agen antioksidan yang baik yang sesuai diaplikasikan didalam makanan tambahan dan pewarna semulajadi di dalam makanan dan kosmetik.
Senarai penuh pemenang seperti dibawah:
Bil |
Nama Produk/Teknologi |
Nama Ketua Projek |
Fakulti/ Institut |
Pencapaian |
Special Connection for Precast Walls |
Dr. Farzad Hejazi |
Fakulti Kejuruteraan |
Emas+ Anugerah Khas (Gold Medal with Compliment from Panel Jury + RM 500) |
|
How Practical is Super capacitor with Flexibility? You Decide. |
Dr. Lim Hong Ngee |
Fakulti Sains |
Emas |
|
Stabilized Carotenoids and Vitamin E Enriched Powder |
Prof. Dr. Lai Oi Ming |
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul |
Emas |
|
Ontology Virtual Community of Practice System Model (OVCoP) |
Prof. Dr. Rusli Hj. Abdullah |
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat |
Perak |
|
Ultrasound Bath Aided Mixing System |
Prof. Madya Dr. Chin Nyuk Ling |
Fakulti Kejuruteraan |
Perak |
|
Creating originality and effectiveness in music accompaniment of sports routine |
Dr. Loo Fung Chiat |
Fakulti Ekologi Manusia |
Perak |
|
Exotic Ice Structuring Peptides |
Prof. Dr. Mohd Basyaruddin Abdul Rahman |
Fakulti Sains |
Perak |
|
Digital Speech Watermarking For Online Speaker Recognition Through G.722 VoIP Channel |
Prof. Madya Syed Abdul Rahman Al Haddad |
Fakulti Kejuruteraan |
Gangsa |
|
Clothing Fashion Design Competency Instrument (CFaDC) |
Dr. Arasinah Kamis |
Fakulti Pengajian Pendidikan |
Gangsa |
|
Single Layer Graphene Oxide |
Dr. Nor Azowa Ibrahim |
Fakulti Sains |
Gangsa |
|
Polysulfone/Chitosan Composite Membrane for CO2/CH4 Separation |
Dr. Nor Azowa Ibrahim |
Fakulti Sains |
Gangsa |
|
Extraction of Pomelo Juice Using A Pomelo Juice Extractor |
Prof.Madya. Dr. Rosnah Shamsudin |
Fakulti Kejuruteraan |
Gangsa |
|
Nano-encapsulated organic phase change material |
Prof. Dr. Mohd Zobir Hussein |
Institut Teknologi Maju |
Gangsa |
|
After A Dream |
Prof. Madya Dr. Joanne Yeoh Pei Sze |
Fakulti Ekologi Manusia |
Gangsa |
|
A Lactococcal Bicistronic Vector System for Gene Delivery in Eukaryotic Cells |
Dr. Nurulfiza Mat Isa |
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul |
Gangsa |
|
Bio-Based Production of Crotonic Acid |
Dr. Hidayah Ariffin |
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul |
Gangsa |
Tarikh Input: | Kemaskini: | hairul_nizam
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA