Hebat! Syaqiera Mahir Memanah Walupun Kidal | Universiti Putra Malaysia
» ARTICLE » Hebat! Syaqiera Mahir Memanah Walupun Kidal

Hebat! Syaqiera Mahir Memanah Walupun Kidal

Article Summary
Atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh berkata, kidal bukan penghalang bagi beliau sebaliknya ia memberikan kelebihan kepadanya untuk melatih diri menggunakan kedua-dua tangannya dalam kehidupan seharian.


Oleh: NUR SYAMILA KAMARUL AREFIN DAN HELENA PIEARY ANAK JUMAN 

 

Menjadi kidal bukan penghalang untuk beliau mendalami sukan memanah sejak umur 15 tahun menurut atlet memanah negara.

Atlet memanah negara, Syaqiera Mashayikh berkata, kidal bukan penghalang bagi beliau sebaliknya ia memberikan kelebihan kepadanya untuk melatih diri menggunakan kedua-dua tangannya dalam kehidupan seharian.

Beliau merupakan pelajar Bachelor Komunikasi dengan Kepujian, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, teknik yang betul dan latihan yang berterusan adalah kunci untuk mencapai kejayaan.

''Saya mengambil masa selama 15 tahun untuk betul-betul mahir menggunakan alatan memanah terutamanya set peralatan dan busur.

''Semua peralatan memanah yang tersedia adalah untuk mereka yang menggunakan tangan kanan dan bagi kidal adalah agak mahal,'' katanya.

Anak kelahiran Johor ini berkata, kekurangannya bukanlah penghalang tetapi pembakar semangat, kerana memanah merupakan salah satu kegiatan olahraga yang disarankan oleh Rasulullah saw.

Syaqiera sebelum ini telah mewakili negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun agak berdebar pada awalnya apabila disahkan mewakili negara. Ini adalah pengalaman pertama dalam hidupnya untuk melakar sejarah menjadi pemain wanita pertama beraksi di temasya Olimpik.

Meskipun bergiat aktif dalam dunia sukan, beliau juga tidak lari dari menghadapi cabaran.

“Semenjak bergelar atlet memanah, saya kurang meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula kini, saya tinggal berjauhan dengan keluarga, dan sukar untuk mendapatkan cuti bagi jangka masa yang lama.

“Saya pernah tidak menyambut hari raya Aidilfitri selama 3 tahun berturut kerana jadual latihan yang padat bagi persiapan ke Sea Games.

 

Kejayaannya hari ini adalah hasil usaha gigih semua orang sekelilingnya termasuklah guru-guru di sekolah menengah dan terutama sekali para jurulatih.

Date of Input: 01/10/2024 | Updated: 01/10/2024 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXMaBA6~