Halal Executive Course | Universiti Putra Malaysia
» ACTIVITIES » MINI BAZAAR TENTH COLLEGE

Event Title
Halal Executive Course
Date
05 Oct 2019 - 11 Nov 2019
Time
08.00 - 05.00
Location
Universiti Putra Malaysia
Event Summary
Sukacita dimaklumkan pihak Laboratori Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan KURSUS PROFESSIONAL EKSEKUTIF HALAL dan kami amat berbesar hati menjemput industri untuk menghantar staff/orang perseorangan yang berminat untuk mengikuti kursus yang dijadualkan seperti berikut: Tarikh : 05 Oktober - 11 November 2019 (Setiap Sabtu & Ahad, 12 hari sahaja) Masa : 8.30 am – 5.00 pm Tempat : UPM (di Putra Infoport, berhadapan IOI City Mall) Kumpulan Sasaran: Industri Halal, Lepasan ijazah, Pelajar, Agensi Kerajaan dan Swasta Manfaat: Boleh bekerja di sebagai Eksekutif Halal, bagi para pelajar ini merupakan sijil tambahan selain ijazah (value added)- degree +plus Eksekutif Halal merupakan tenaga kerja wajib bagi syarikat yang mendapat sijil halal Kursus ini diiktiraf oleh JAKIM dengan peserta yang berjaya layak mendaftar dengan Majlis Profesional Halal sebagai Eksekutif/Auditor Halal IPPH adalah penyedia latihan berdaftar dengan Majlis Profesional Halal Malaysia Kursus ini adalah HRDF CLAIMABLE oleh pihak Industri Bagi lepasan ijazah pula, ini merupakan pelaburan terbaik. Setelah mendapat sijil Halal Eksekutif, potensi Tuan/Puan mendapat peluang kerjaya adalah lebih cerah. Kos: RM 3000 sahaja (termasuk bahan kursus, sarapan, makan tengah hari, minum petang, dan sijil Professional Eksekutif Halal) Pendaftaran boleh dibuat di: https://goo.gl/LwDndP Sebarang pertanyaan bagi tujuan bayaran boleh hubungi 03-8959 3408 (Nurul Afifah), manakala bagi tujuan pendaftaran boleh hubungi kami di talian 03-9769 1833 (Nur Farhana) atau emel ke alamat halalserviceslab@upm.edu.my

Updated:: 22/07/2019 [hairul_nizam]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXLVBA3~