IBS UPM Hasilkan Bunjut Mandian Herba Segar Dari Ladang | Universiti Putra Malaysia
» ARTICLE » IBS UPM hasilkan bunjut mandian herba segar dari ladang

IBS UPM hasilkan bunjut mandian herba segar dari ladang

Article Summary
Bunjut mandian herba tradisional dijual pada harga mampu milik iaitu RM30.00 untuk 5 bunjut kering di dalam satu pek. Manakala RM15.00 untuk 1 set daun mandian segar. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-97692130.


Mandian herba merupakan rebusan daripada bahan-bahan daun-daun herba terpilih yang mudah didapati seperti daun lengkuas, daun mengkudu daun pandan, daun sirih, daun halia, daun inai, daun kunyit, daun limau purut, serai, limau purut dan juga sedikit campuran halba dan kulit kayu manis.

Semua campuran ini boleh dimasukkan ke dalam periuk atau dibunjut dan diikat di dalam secebis kain. Daun-daun dan herba-herba semula jadi ini mampu memberi impak kesegaran dan pemulihan kepada ibu berpantang dan juga wanita.

Namun tidak semua orang rajin untuk melakukannya untuk mencari segala jenis daun-daun herba ini. Lagi-lagi generasi muda yang mengiktiraf khasiatnya meskipun lebih memilih dalam bentuk siap diporses kerana ianya sangat memudahkan.

Oleh itu, Unit Biodiversiti, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) mengambil inisiatif mengeluarkan bunjut mandian herba yang mempunyai pelbagai kegunaan antaranya merawat kesakitan ibu bersalin, memberikan kesegaran tubuh badan, melegakan ketegangan otot, meningkatkan kualiti tidur, melancarkan perjalanan darah dalam badan, membakar lemak berlebihan, melancarkan penafasan agar lebih teratur, menambahkan rasangan seksual, memelihara kelembapan kulit serta membuatkan wajah berseri.

Menurut Ketua Unit Biodeversiti, Institut Biosains UPM, Dr. Khairil Mahmud, unit biodeverisiti telah mengeluarkan bunjut mandian herba yang menggunakan daun herba yang segar dipetik terus dari ladang penanaman bagi mengekalkan keharuman dan khasiatnya.

“Tumbuhan yang dipilih adalah tumbuhan sebenar dan selamat serta komposisi herba adalah mengikut formula ramuan bagi memastikan bunjut mandian herba yang dihasilkan bermutu tinggi,

 

 

mesra alam dan mesra pengguna. Bunjut mandian herba ini juga menunjukkan terdapatnya perencatan aktiviti anti kulat dan anti bakteria yang sangat baik.

“Aroma yang terhasil dari bunjut mandian herba ini merangkumi herba-herba tujuh jenis herba seperti daun inai, sireh, serai wangi, lengkuas, kantan, limau purut dan pandan ini disediakan sama ada secara segar dan juga kering mengikut permintaan pelanggan. Keunikan bunjut mandian herba keluaran Unit Biodiversiti ini adalah bahan-bahan yang digunakan dipetik segar bagi mengekalkan keharuman dan khasiatnya.. Bunjut mandian herba ini jika diletakkan di dalam bilik air atau ruang bilik, aromanya akan kekal ada sehingga 3 hari.

“Aromanya kekal segar, tidak tengik apabila disimpan di dalam bekas tertutup dan produk ini dapat bertahan lama sehingga dua tahun. Bagi penggunaannya pula pelanggan tidak perlu risau kerana jika produk direbus, air rebusan atau bunjut berkenaan boleh digunakan sehingga dua kali jika di simpan di dalam peti sejuk,” katanya.

Tambah beliau, khasiat mandian terapi herba adalah ia mengharumkan dan menyegarkan tubuh badan, mencerahkan kulit dan merawat penyakit keputihan bagi wanita. Produk ini juga boleh digunakan sebagai mandian wap dan bertangas. Produk ini telah mendapat dua (2) pemfailan cap dagangan iaitu TM 2023026471 dan TM 2023028136.

Bunjut mandian herba tradisional dijual pada harga mampu milik iaitu RM30.00 untuk 5 bunjut kering di dalam satu pek. Manakala RM15.00 untuk 1 set daun mandian segar. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-97692130.

Date of Input: 17/04/2024 | Updated: 17/04/2024 | syamilakamarul

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
BXLZIAM~