UPM perkasa pengantarabangsaan mahasiswa menerusi Program Mobiliti PINTAR 2026 di Jepun
Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaan mahasiswa menerusi penyertaan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu dalam program mobiliti antarabangsa Global Agrotech Explorer to Japan: Pertanian Inovatif dan Teknologi Arus Global (PINTAR) 2026 yang berlangsung di Kyushu Institute of Technology (Kyutech), Jepun, di sini.